|
.
Setahun sudah berlalu, wajah baru Majlis Perwakilan Pelajar UPM (MPPUPM) yang bertindak sebagai kuli mahasiswa kini dilihat kurang menyerlah. Mungkin kerana bulan puasa dan bulan berhari raya sedang rancak didendangkan.
Diam tak diam, sudah setahun juga PMI tidak 'menghantar' wakil mereka ke dalam pentadbiran MPPUPM. Kini, PMI mula gah dengan adanya 6 orang ahlinya (jika tidak silap) sebagai ahli MPPUPM.
Mungkinkah Aura PMI akan wujud kembali bagi membela nasib mahasiswa terutamanya mahasiswa Islam di UPM?
Ini dikejutkan apabila, salah seorang ahli JAMIS UPM melaporkan bahawa, masih terdapatnya buletin lama keluaran MPPUPM (yang sewaktu itu dipimpin oleh ahli PMI).
Lokasi buletin ini boleh dilihat pada notis board di BKP (Bilik Kuliah Pusat) UPM atau juga di Dewan Kuliah 1 - 4 UPM.
Adakah situasi ini dapat menimbulkan semangat juang ahli PMI sekarang yang kini memegang tampuk pemerintahan MPPUPM sesi kali ini?
Bagaimana kemajuannya, sama-sama kita nantikan.
Editor JAMIS UPM. Tarikh; 5 Nov 2006.
Anda ada berita mengenai mahasiswa pembangkang di kampus hijau? Sila kirimkan berita anda ke;
|